Etika
Definisi Etika
- Etika berasal daripada perkataan Greek “ethos” yang bermaksud character atau perangai. Daripada perkataan Latin, “mores” yang bermaksud moral juga melibatkan character atau perangai. Ethos = Mores.
- Etika adalah falsafah moral yang menumpu kepada tingkah laku individu dalam kehidupannya. Mengikut perspektif ilmu falsafah, etika digolongkan sebagai falsafah moral iaitu satu cabang ilmu yang secara khusus membincangkan tentang apa yang dikatakan tingkah laku yang baik dan buruk.
- Etiket (etiquette) : tingkah laku atau tatacara yang dianggap baik dalam sesuatu situasi sosial.
- Para sarjana dan ahli falsafah telah membahagikan etika kepada tiga jenis iaitu etika meta (meta ethics), etika normatif (normative ethics) dan etika gunaan (applied ethics).
. Etika Meta (meta ethics)
- Etika Meta membincangkan konsep-konsep yang abstrak dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
- Etika meta juga melibatkan persoalan-persoalan ghaib seperti kuasa Tuhan dan keagamaan
- Mengandungi etika agama dan etika deskriptif yang membincangkan hubungan manusia dengan tuhan serta ajaran agama seperti agama Islam yang menerangkan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah.
Etika Normatif (normative ethics)
- Etika normatif ialah tindakan kritikan dan melakukan penilaian ke atas etika moral yang sedia ada supaya dapat mengenalkan satu sistem etika yang standard untuk kegunaan semua manusia berasaskan kepada rasional dan penaakulan akal.
- Terdapat dua teori yang diguna pakai dalam etika normatif iaitu teori deontologikal (menilai baik-buruk berdasarkan tindakan tanpa kajian yang lanjut) dan teori teleologikal (menilai baik-buruk itu berdasarkan kesan tindakan itu).
Etika Gunaan (applied ethics)
- Etika gunaan membincangkan isu-isu khusus dalam kehidupan seharian yang meliputi pelbagai bidang seperti perniagaan, perguruan, perubatan, alam sekitar, sosial dan seks.
- Ia berusaha menggubal suatu sistem etika yang dapat menjadikan panduan untuk kegunaan masyarakat dalam bidang-bidang tersebut serta mencari penyelesaian terhadap masalah semasa dengan menggunakan pelbagai teori dan konsep yang bersesuai.
Aliran-aliran Etika
Utilitarianisme
- Utilitarianisme diasaskan oleh Jeremy Bentham (1748-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873).
- Utilitarianisme menegaskan bahawa manusia seharusnya memaksimumkan perbuatan kebaikan secara konsisten untuk kebaikan majoriti semua manusia.
- Segala keputusan yang dibuat harus mempertimbangkan kepada hasil yang akan diperolehi daripada pelaksanaanya seperti membawa kegembiraan kepada masyarakat.
Hedonisme
- Hedonisme menentukan matlamat kehidupan manusia adalah untuk mendapatkan kelazatan hidup yang maksimum.
- Ukuran baik dan buruk akan ditentukan oleh kenikmatan dan kelazatan hidup.
- Ia berpegang kepada fahaman yang hanya mementingkan kepuasan daripada keseronokan dan kesenangan hidup sehingga melahirkan individu yang hanya mementingkan diri sendiri dan bersikap egoistik.
Eksistensialisme
- Eksistensialisme berpaksikan kepada kebebasan individu. Manusia mempunyai kebebasan untuk menentukan tindakannya sendiri.
- Doktrin ini telah melemahkan peraturan tradisional yang menjejaskan kebebasannya dan terasing daripada norma masyarakat
- Terdapat 3 bentuk kebebasan iaitu kebebasan jasmani, kebebasan kehendak dan kebebasan moral.
Akhlak Islam
Akhlak Islam merupakan agenda penting dalam membantu
penyempurnaan akhlak manusia yang mulia. Islam mementingkan pembentukan
akhlak yang baik melalui disiplin, tatacara dan pendidikan Islam.
Definisi Akhlak
- Pada pandangan tokoh Tasawuf: Akhlak Islam merujuk kepada perangai yang menyenangkan, lemah lembut dalam pergaulan, berseri wajah, sedikit perselisihan dan baik percakapan.
Hubungan Akhlak Dengan Ilmu Tasawuf
- Menurut Abu Hussainal-Nuri: Tasawuf bukan terdiri daripada resam dan ilmu tetapi ia adalah akhlak yang mesti dipraktikkan oleh setiap individu muslim yang sejati.
- Al-Quran dan al-Sunnah yang ditegaskan oleh al-Shirani: Jalan sufi yang tidak bersumberkan al-Kitab dan al-Sunnah sesungguhnya kutuf, kerana semua aspek ilmu Tasawuf adalah akhlak terpuji.
- Abu Bakar al-Kattani: Tasawuf ialah akhlak. Sesiapa yang menambahkan kepada kamu akhlak sesungguhnya ia menambahkan kepada kamu.
- Abu Muhammad al-Jariri: Tasawuf ialah masuk kepada semua akhlak yang tinggi dan keluar daripada akhlak yang rendah.
Pendidikan Akhlak Atau Tahdhib al-akhlaq
- Pendidikan akhlak (Tahdhib al-akhlaq): menghapuskan akhlak buruk yang ada di dalam diri seseorang.
- Kedatangan Rasulullah s.a.w. sendiri juga bertujuan untuk menyempurnakan akhlak yag mulia.
- Mujahadah: maksud ‘berbudi pekerti yang agung’ ialah berada di atas agama yang besar, agama yang menghimpunkan amalan-amalan saleh dan segala akhlak yang baik.
Cara Membentuk Akhlak Mulia
- Al-Ghazali: akhlak dapat dibentuk melalui kepatuhan kepada adab-adab yang khusus untuk pembaikan jiwa dan meningkatkan keimanan kepada Allah S.W.T..
- Adab : unsur-unsur kecil atau peraturan-peraturan secara khusus tentang sesuatu perkara yang berperanan untuk membentuk akhlak yang mulia.
- Akhlak yang baik boleh diusahakan melalui mujahadah dan riyadah sehingga memjadi satu tabiat atau kebiasaan. Mujahadah dan riyadah ialah adab manakala tabiat atau kebiasaan ialah akhlak.
- Akhlak dan adab zahir berfungsi sebagai kayu ukur kepada akhlak dan adab batin seseorang yang tersembunyi daripada pandangan mata kasar.
- Abu Qasim al-Junaid r.a. : Akhlak zahir yang baik membayangkan akhlak batin yang baik di mana Abu al-Hafs: Adab zahir yang baik membayangkan adab batin yang baik. Oleh itu, akhlak dan adab sama ada zahir atau batin saling kait mengait antara satu sama lain.
Kesimpulan
- Kesimpulannya, Etika dan nilai-nilai moral adalah penting dalam memandu dan memimpin manusia ke arah yang berakhlak mulia serta keharmonian kehidupan.
- Manusia haruslah sentiasa mengamalkan akhlak yang mulia dan beradab supaya dapat memupuk sifat-sifat yang terpuji dan menjauhkan diri daripada sifat-sifat tercela.
- Di sisi agama Islam, amalan akhlak diutamakan supaya ahli sufi dapat menghimpunkan hati sifat-sifat baik sama ada dalam zahir dan batin diri supaya dapat mendekatkan dirinya dengan Allah dan sebagai lambing orang yang beriman.
No comments:
Post a Comment